Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )

Bismillah dan alhamdulillah!

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Solat pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah SWT.”

Hadis di atas menjelaskan keutamaan dalam berbuat kebaikan, yang mana berpandukannya juga saya berusaha amalkan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian :)

“Berjihad pada jalan Allah SWT” bermaksud sebarang usaha atau amalan yang dibuat dengan niat kepada Allah SWT. Bukanlah semata-mata jihad di peperangan senjata sahaja. Sebagai contoh, perkara-perkara berikut juga dikira berjihad sekiranya dikerjakan semata-mata kerana Allah SWT:

  • Belajar bagi seorang pelajar.
  • Berniaga bagi seorang peniaga.

Luas sungguh erti jihad pada jalan Allah SWT itu dan ianya adalah rahmatNya kepada kita semua. Sekarang tugas kita ialah kerjakan tanggungjawab kita masing-masing dengan niat demi Dia dan buatlah bersungguh-sungguh!

Wallahualam

– Terima kasih buat ibu bapaku, para guruku dan semua sahabat seperjuangan!

Bermartabatkah Bahasa Melayu?

Bahasa Melayu masih tetap terancam.

“..byk bergantung kepada faktor populis, yang mana disenangi oleh pengundi..lebih mudah ialah faktor politik,”

“..berbahasa Inggeris lebih dirasakan berimej lebih baik dan berstatus tinggi,”

“..faktor ekonomi; syarikat siapa yang mahu bayar lebih untuk pengiklanan misalnya?”

“..penarafan bintang; kita seperti terpaksa ‘merasuah’, sedangkan lebih baik diberi hukuman kerana Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan. Kita kelihatan takut-takut,”

“..faktor pendidikan, ”

“..kita hanya boleh bercakap, kita bergantung kepada politik. Kita boleh tunjukkan melalui undi, kita mesti peringatkan orang politik!”

“..kita tidak sedar yang bahasa menjadi medium pembangunan tamadun”

“..kita hanya ada slogan, tapi perlaksanaannya perlu ditambah baik,”

“..saya bukan anti bahasa lain, tapi kepentingan bahasa sebagai alat pembangunan tamadun bangsa perlu diperingatkan dan diteruskan,”

Dr Salleh Rahmat, Presiden PENA
IKIM.fm

 

Punah Bahasa Punah Bangsa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bismillah dan alhamdulillah!

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”