SABARKU DIUJI ATAU AMARAHKU DIUJI?

Salam Jumaat semua!

Mana-mana satu pun, perkara yang tidak seronok ialah perbualan dalam diri yang muncul ketika ujianNya ini. Kebiasaannya ianya:

– Negatif
– Tiada nilai syukur
– Tiada nilai redha
– Kadangkala agak kejam
– Ni JV antara nafsu dan syaitan

Perkara setakat ini paling baik yang berjaya diuruskan ialah TIDAK BERTINDAK mengikutnya.

Alhamdulillah, coretan ini juga merasionalkan rasa dan memendamkan amarah tu. Kita akan marah bertempat dan dengan hak, tapi kemudian-kemudian nantilah.. Biar sabar beribu kali sebelum marah satu kali.

Peace! 😀

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat

4.30 MALAYSIAN RINGGIT, ANDA MASIH BERSANTAI-SANTAI KAH?

Bagaimana kita boleh bersedia menghadapi kesan-kesan daripada nilai ringgit yang merosot teruk ini? Atau secara umumnya, ekonomi negara yang kejatuhan ini?
– Berniaga keperluan asas secara kecil-kecilan; seperti makanan?
– Tukar simpanan tunai kepada emas fizikal?
– Sambung belajar peringkat seterusnya secara sepenuh masa?

Apakah inisiatif anda? Kongsikan bersama saya :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#NajibRazak

INDAHNYA KEPERCAYAAN.. SALAM KEMERDEKAAN!

Alhamdulillah, moga kita semua dipermudahkanNya, amin!

Apabila tiada kepercayaan mendalam antara 2 pihak:

  • Muncullah sikap saling keluh komplen.
  • Sentiasa salah menyalahkan pihak lain.

Isu kepercayaan ini sentiasa muncul dalam kehidupan berkeluarga mahupun berniaga.

Namun apabila terbinanya kepercayaan mendalam ini, alangkah nikmatnya:

  • Fikir dan kata-kata walaupun teguran adalah sesuatu yang membina dan menghala ke arah tindakan penyelesaian.
  • Sentiasa sedar bahawa kedua-dua pihak ada niat, harapan atau wawasan yang sama dan tidak bermaksud melakukan kesilapan dengan sengaja.
  • Kedua-duanya juga sedar, setiap pihak saling memerlukan atas dasar memperhebat kekuatan dan menyelesai kelemahan.

Teringat pula kepada baginda Nabi Muhammad SAW, insan superb hebat lagi dipercayai!

Salam Kemerdekaan Malaysia!

#HadiKamarudin
#Partnership
#Keusahawanan
#KeluargaBahagia

BERSYUKUR DENGAR AZAN

Apabila azan kedengaran, teruslah tangguhkan kerja dan bersegera mencari peluang untuk solat berjemaah.

Apabila rasa nak dahulukan kerja, ingatkan diri yang Allah SWT yang Maha Memberi dan masa juga adalah salah satu makhluk ciptaanNya.

Yakinlah aku dan kita semua tidak rugi menunaikan solat terlebih dahulu. Malah dilipat gandakan rezeki dari jalan yang tidak disangka.

Peringatan buat diri sendiri.

#HadiKamarudin
#Peringatan

MENGADU DAN KELUH KESAH

Santapan untuk hati-hati yang lapar:

  • Apabila bersedih atau ditimpa masalah, mengadulah yang pertama sekali kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar, Maha Bijaksana, Maha Kaya Nikmat. Kemudian tiada halangan untuk mengadu kepada ibu bapa, keluarga, kaunselor dan sebagainya.
  • Berhentilah berkeluh kesah, lihatlah peristiwa atau dugaan dengan mata hati. Ianya ujianNya yang Maha Adil dan banyak hikmahnya, untuk kita bertindak dengan bijak demi peningkatan diri kita sendiri.

Intipati harian daripada rancangan Bismillah, TV3

#HadiKamarudin
#Peringatan
#Islam

BERBAKTI KEPADA TANAH, BERBAKTI KEPADA JIRAN

“Alhamdulillah, pokok akak pun dah berbuah banyak. Bolehlah merasa berbuka puasa ni, “.

Beberapa puan jiran gembira dengan pokok mereka yang turut berbuah lebat, alhamdulillah! 😀

Saya ada mengimpikan (+ sedikit usaha melalui web) kejiranan yang saling membantu dan melengkapi satu sama lain dalam barangan mentah dapur terutama sayuran seperti cili, bendi, serai, kunyit dan bermacam lagi.

Semuanya dapat ditanam di tanah yang terhad, termasuklah di dalam pasu!

Yang paling penting; kita rajin menyiram setiap hari dan membajanya. Amalan saya sambil siram dalam aturan lawan arah jam sambil dalam hati atau berbisik selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. In shaa Allah akan subur, amin!

Memungut hasilnya nanti, dikongsikan sekali kepada jiran-jiran. Pokok beri ni, saya kongsikan sekali pokoknya, mudah sangat nak ditanam!

Jom berbakti kepada tanah, berbakti kepada jiran :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#BertaniBandar
#UrbanAgriculture
#GST

BEZA 8 DENGAN 4, BUKAN SEKADAR 4

Alhamdulillah, in shaa Allah Maghrib ni iblis, syaitan dan rakan-rakan akan dipenjara! Yeay!

Namun di meja kerja di rumah ni, perasan amarah semakin meningkat-ningkat!

Hehee..bukan kerana iblis pun, tapi diri sendiri 😉

Sekarang gunakan 2 desktop PC dan 1 laptop untuk menguruskan kerja. Salah satu desktop PC ni baru digunakan semula dan selalu tersemput-semput!

Rupanya dek kerana sudah biasa menggunakan berRAM 8GB. Manakala desktop kesemputan ini hanya berRAM 4GB dan beroperasi baik seperti ‘biasa’.

RAM = Random Access Memory

Solusi lean:
+ Upgrade RAM jika ada budget.
+ Mainkan alunan zikir (+ zikir sekalilah ya) ;D

..ops memang jawapannya lebih daripada 4!
#HadiKamarudin
#SOHO
#TipsICT
#MyIntegratedMarketing