BUKANKAH HEBAT BERTUHANKAN JESUS (NABI ISA AS) YANG KELAHIRANNYA ISTIMEWA TANPA BAPA, BERBANDING NABI MUHAMMAD SAW?

Jawablah dengan sopan dan ilmu:

Bukankah Nabi Adam as ‘lebih tuhan’ berbanding Jesus (Nabi Isa as) kerana kelahirannya tanpa bapa dan ibu?

Keistimewaan mereka ini hanya membuktikan kehebatan Allah SWT:
+ Jesus (Nabi Isa as) lahir tanpa bapa.
+ Hawa as (Eve) lahir tanpa wanita.
+ Nabi Adam as lahir tanpa ibu dan bapa.

Boleh lihat https://www.youtube.com/watch?v=unRsuYHfBAg

*Post ini tidak hilang bersama media sosial, sama ada MySpace, Friendster mahupun Facebook, Twitter dsb! Rekodlah dengan baik dan mungkin boleh dijadikan rujukan, ebook dsb pada masa depan! :)

MASA ADALAH MAKHLUK TUHAN

Masa adalah makhluk ciptaan Allah SWT :)

Namun saya sendiri selalu lupa hakikat ini..

Penghijrahan tahun ini berkait rapat dengan masa; saya mahu buat dan siapkan kerja lebih cepat, namun masih berkualiti, tapi bukan sempurna.

Mana ada sesuatu yang sempurna, selain Dia, kan? 😉

Contoh kerja:

+ 1 jam sahaja mengemas rumah dan tersusun semuanya.
+ Pulun siapkan kerja pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan, jika bersantai-santai memang tak siap!
+ Yakin solat pada awal waktu sewaktu berniaga tidak mengurangkan jualan pun, bahkan menambah jualan dan keberkatannya.

Perkara ketiga tu ramai gagal termasuk saya.. :(

Sesiapa ada tips bagaimana memudahkan urusan solat pada awal waktu sewaktu berniaga di booth, terutama ketika jaga booth secara solo?
Bolehlah kongsikan di sini!

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#FikirPagi
#IslamItuMudah
#TipsSolat
#Kipidap

MENEPATI DEMAND YANG MEMATUHI SYARAK

Vape.. Penyanyi wanita.. Fesyen Islamik yang ‘menggoda hati’..

Saya melihat trend lifestyle atau cara hidup yang semakin ‘mencabar’ pada akhir zaman ini, mencabar antara akal dan hukum syarak.

Dalam perniagaan pula, keadaan ini mewujudkan peluang perniagaan, peluang menjana pendapatan lagi-lagi status ekonomi yang semakin mendesak.

Pagi ini dikuliahkan tentang istidraj; nikmat yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.   Boleh tahu lanjut di sini.

Adakah perniagaan kita mendekatkan diri kita, keluarga kita kepada mentaati Allah SWT dan RasulNya?

+ Hak Tuhan ke atas diri kita; amalan fardu ditunaikan?
+ Hak ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, jiran tetangga kita ditunaikan?
+ Hak pimpinan kita yang lain ditunaikan?

Moga kita tidak muflis di timbangan amalan kita di akhirat kelak, amin!

Menuju untung di dunia, untung di akhirat.

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#DuniaAkhirat
#Vape
#FikirPagi

TEMA HIJRAH TAHUN 1437 : “REPEATABLE AND SCALABLE”

Salam Jumaat yang pertama bagi tahun hijrah 1437 :)

Itulah tema peribadi tahun ini.
..

Mohon kemaafan kepada client sedia ada, sekarang sedang pulun selesaikan kerja yang sedia ada.

Saya sedang menukar ‘kapal’ 😉
Terumbang-ambing dilanda badai.. In shaa Allah sementara sahaja..

Oh ini mutiara kata daripada Tuan Sifu Shamshul Bahril, memang buka kepala otak ku ;D

#HadiKamarudin
#FikirPetang
#Fokus

4.30 MALAYSIAN RINGGIT, ANDA MASIH BERSANTAI-SANTAI KAH?

Bagaimana kita boleh bersedia menghadapi kesan-kesan daripada nilai ringgit yang merosot teruk ini? Atau secara umumnya, ekonomi negara yang kejatuhan ini?
– Berniaga keperluan asas secara kecil-kecilan; seperti makanan?
– Tukar simpanan tunai kepada emas fizikal?
– Sambung belajar peringkat seterusnya secara sepenuh masa?

Apakah inisiatif anda? Kongsikan bersama saya :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#NajibRazak

INDAHNYA KEPERCAYAAN.. SALAM KEMERDEKAAN!

Alhamdulillah, moga kita semua dipermudahkanNya, amin!

Apabila tiada kepercayaan mendalam antara 2 pihak:

  • Muncullah sikap saling keluh komplen.
  • Sentiasa salah menyalahkan pihak lain.

Isu kepercayaan ini sentiasa muncul dalam kehidupan berkeluarga mahupun berniaga.

Namun apabila terbinanya kepercayaan mendalam ini, alangkah nikmatnya:

  • Fikir dan kata-kata walaupun teguran adalah sesuatu yang membina dan menghala ke arah tindakan penyelesaian.
  • Sentiasa sedar bahawa kedua-dua pihak ada niat, harapan atau wawasan yang sama dan tidak bermaksud melakukan kesilapan dengan sengaja.
  • Kedua-duanya juga sedar, setiap pihak saling memerlukan atas dasar memperhebat kekuatan dan menyelesai kelemahan.

Teringat pula kepada baginda Nabi Muhammad SAW, insan superb hebat lagi dipercayai!

Salam Kemerdekaan Malaysia!

#HadiKamarudin
#Partnership
#Keusahawanan
#KeluargaBahagia

BERSYUKUR DENGAR AZAN

Apabila azan kedengaran, teruslah tangguhkan kerja dan bersegera mencari peluang untuk solat berjemaah.

Apabila rasa nak dahulukan kerja, ingatkan diri yang Allah SWT yang Maha Memberi dan masa juga adalah salah satu makhluk ciptaanNya.

Yakinlah aku dan kita semua tidak rugi menunaikan solat terlebih dahulu. Malah dilipat gandakan rezeki dari jalan yang tidak disangka.

Peringatan buat diri sendiri.

#HadiKamarudin
#Peringatan

MENGADU DAN KELUH KESAH

Santapan untuk hati-hati yang lapar:

  • Apabila bersedih atau ditimpa masalah, mengadulah yang pertama sekali kepada Allah SWT. Dia Maha Mendengar, Maha Bijaksana, Maha Kaya Nikmat. Kemudian tiada halangan untuk mengadu kepada ibu bapa, keluarga, kaunselor dan sebagainya.
  • Berhentilah berkeluh kesah, lihatlah peristiwa atau dugaan dengan mata hati. Ianya ujianNya yang Maha Adil dan banyak hikmahnya, untuk kita bertindak dengan bijak demi peningkatan diri kita sendiri.

Intipati harian daripada rancangan Bismillah, TV3

#HadiKamarudin
#Peringatan
#Islam

BERBAKTI KEPADA TANAH, BERBAKTI KEPADA JIRAN

“Alhamdulillah, pokok akak pun dah berbuah banyak. Bolehlah merasa berbuka puasa ni, “.

Beberapa puan jiran gembira dengan pokok mereka yang turut berbuah lebat, alhamdulillah! 😀

Saya ada mengimpikan (+ sedikit usaha melalui web) kejiranan yang saling membantu dan melengkapi satu sama lain dalam barangan mentah dapur terutama sayuran seperti cili, bendi, serai, kunyit dan bermacam lagi.

Semuanya dapat ditanam di tanah yang terhad, termasuklah di dalam pasu!

Yang paling penting; kita rajin menyiram setiap hari dan membajanya. Amalan saya sambil siram dalam aturan lawan arah jam sambil dalam hati atau berbisik selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. In shaa Allah akan subur, amin!

Memungut hasilnya nanti, dikongsikan sekali kepada jiran-jiran. Pokok beri ni, saya kongsikan sekali pokoknya, mudah sangat nak ditanam!

Jom berbakti kepada tanah, berbakti kepada jiran :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#BertaniBandar
#UrbanAgriculture
#GST