KAYUH LAJU-LAJU!

Alhamdulillah!

Ini bukan kisah kayuh basikal, tapi ‘kayuhan’ halaman web anda 😉

Sudah ada solusi baru bagi mempercepatkan halaman web anda untuk dipaparkan di skrin mobile gadget!

Yang lagi thorbaeek; ianya sumber terbuka (open source)!

“Accelerated Mobile Pages Project ”
https://www.ampproject.org/

Ps – Sekarang sudah mula selesa kemaskini blog menggunakan smartphone sahaja 😉

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#TipsMobile

BEZA 8 DENGAN 4, BUKAN SEKADAR 4

Alhamdulillah, in shaa Allah Maghrib ni iblis, syaitan dan rakan-rakan akan dipenjara! Yeay!

Namun di meja kerja di rumah ni, perasan amarah semakin meningkat-ningkat!

Hehee..bukan kerana iblis pun, tapi diri sendiri 😉

Sekarang gunakan 2 desktop PC dan 1 laptop untuk menguruskan kerja. Salah satu desktop PC ni baru digunakan semula dan selalu tersemput-semput!

Rupanya dek kerana sudah biasa menggunakan berRAM 8GB. Manakala desktop kesemputan ini hanya berRAM 4GB dan beroperasi baik seperti ‘biasa’.

RAM = Random Access Memory

Solusi lean:
+ Upgrade RAM jika ada budget.
+ Mainkan alunan zikir (+ zikir sekalilah ya) ;D

..ops memang jawapannya lebih daripada 4!
#HadiKamarudin
#SOHO
#TipsICT
#MyIntegratedMarketing

DARI 1 JAM, BIJAKKAN MENJADI 7 MINIT.

Yang paling jelas; masa dijimatkan!

Kerja mengurus status di media sosial biasanya mengambil masa yang lama.

Selain ketandusan idea, masalah lain ialah:
– Terlalu banyak media sosial yang perlu dikemaskini.
– Info di satu media berlainan dengan info di media yang lain; mesej tidak seragam.
– Password media sosial bersepah simpan sana-sini.
– Payah nak klik dan taip di smartphone, lagi-lagi sewaktu menunggu di lampu trafik! 😉
– Tidak sedar pun apa kepentingan media sosial lain, selain Facebook dan Instagram!

Solusinya ialah..

#HadiKamarudin
#TipsICT
#OnlineMarketing

STATUS ‘MOBILE FRIENDLY’ PADA HASIL CARIAN GOOGLE

image

Saya nampak dan saya terus tahu website berstatus ‘mobile-friendly’ ini lebih memudahkan saya, kerana:
– Mudah dibaca di gadget mudah alih seperti smart phone, tidak perlu zoom in, zoom out bagai.
– Dipaparkan lebih cepat kerana saiz file biasanya lebih kecil dan telah dioptimumkan.
– Jimatkan masa, jimatkan kuota mobile data!

Setujukah anda? :)

MAGIK RESET WEBSITE DAN KEMASKINI PELAYAR WEB

“Oh noooo!”

Tiba-tiba kerja pembangunan website ter’reset’ sendiri! Ianya kembali kepada default setting setelah beberapa kerja custom made dibuat!

“Adoyai~”

Ini berlaku kerana leka sangat dengan kerja pembangunan sehingga lupa untuk restart semula pelayar web seperti Google Chrome, setelah Chrome ini dikemaskini.

Oleh itu, pastikan sebarang perisian bukan sahaja pelayar web seperti Google Chrome, dimulakan semula sebelum menyambung kerja anda! Jika tidak, penat lelah anda nanti 😉

#HadiKamarudin
#TambahNilai
#WebPantas
#AppsPantas

MISTERI RESIPI MAKANAN DAN TAUKE

Alhamdulillah, seronok melihat usahawan-usahawan Melayu Islam yang berniaga makanan menerusi rancangan Majalah 3 ni! Dah terasa macam rancangan Jalan-jalan Cari Makan pun ada kerana dari mula hingga kini, kisah makanan sahaja! 😉

Yang paling menarik; persamaan hampir semua makanan yang ketengahkan adalah:

1- Resipi rahsia yang hanya diketahui oleh tauke sahaja! -> OK!
2- Tauke sahaja yang sediakan resipinya; menyediakan semua bahan ‘rahsia’, masak hingga makanan tersebut siap! -> Tidak OK!

Mengapa ‘Tidak OK’? Secara peribadi, sepatutnya:

1- Tauke sediakan sebahagian resipi ‘rahsia’ sahaja.
2- Tauke mesti pastikan resipi ‘rahsia’ ini boleh ‘bergerak sendiri’. Contoh cara ‘bergerak sendiri’ ialah melalui pembungkusan yang mudah untuk dibawa ke cawangan-cawangan kedai yang lain.
3- Tauke mesti ajar cara bagaimana untuk gunakan resipi ‘rahsia’ sehingga siap hidangan makanan tersebut kepada para pekerja.
4- Selepas ada produk atau servis asas yang agak konsisten dan sedikit SOP atau sistem, tauke mesti tumpukan lebih masa dan fikiran bagaimana mengembangkan perniagaan.

Jujurnya, ini juga peringatan buat diri saya! Apakah pula tips anda? :)

#HadiKamarudin
#TambahNilai
“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

Enjin Carian Kedua Terbesar di Dunia; YouTube.com DOWN! Percayakah Anda Fb Page Anda Kekal?

Ramai yang percaya Facebook Page mereka akan kekal, namun mereka tersilap! Fb Page anda tidak kekal, cuma kita tidak tahu bila ianya akan ditutup atau hilang!

Baru-baru ini YouTube.com yang merupakan host video terbesar di dunia dan merupakan enjin carian kedua terbesar di dunia, tidak dapat diakses! Ianya bermaksud:

  • Video yang anda tumpang di dalamnya, tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
  • Selain tidak dapat dilihat, ianya mungkin juga hilang terus!
  • Yang paling jelas, anda tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya berdoa supaya pulih semula!

webpantas-youtube-down-1

Paparan mesej rosak ketika YouTube.com tidak dapat diakses pada 18 November 2013 (ET) lepas.

Sumber: Mashable.com

Ok, berkaitan Facebook.com pula; platform sosial terbesar di dunia. Adakah Fb juga benar-benar selamat? Iaitu aset-aset digital kita yang telah kita buat berjam-jam, setiap hari, berpeluh-peluh duit kita telah laburkan, akan selamat? Ada jaminankah? 😉

Sebagai pengguna Fb Page juga, saya tidak percaya kerana tahu Facebook bukan milik kita. Kita hanya menumpang guna secara percuma dan pada masa sama mempopularkan Facebook juga secara percuma!

Terpulanglah kepada taukeh Facebook nak tutup akaun kita pada bila-bila masa pun, kan?

webpantas-facebook-page-not-found

webpantas-fb-page-not-found-1

Paparan Fb Page yang telah hilang secara tiba-tiba dan komen para ‘mangsa’.

Melalui khidmat nasihat percuma, kami mampu bantu anda selesaikan masalah ini!

Hubungi kami di:

#HadiKamarudin #WebPantas
Dimentorkan oleh #DrAzizanOsman

“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

Alhamdulillah, Mobile Apps Pertama Kami!

Alhamdulillah! :)

In shaa Allah esok hari; 31 Oktober akan kami di ByteCentrix Solution, ketahui keputusan pembentangan cadangan penyelesaian kepada salah satu pusat kajian dalam universiti tempatan kita.

Pembentangan tersebut berlangsung kira-kira 2 jam pada minggu lepas dan penyelesaian yang dicadangkan adalah menerusi aplikasi mudah alih (mobile apps) yang boleh berfungsi secara online dan offline. ‘Proof of concept’ nya berfungsi dengan baik dan bakal pelanggan nampaknya gembira dan berpuas hati 😀

Doakan kami agar cadangan penyelesaian kami yang bernilai hampir RM20k tersebut berjaya, lagi-lagi ianya adalah pengalaman pertama kami! Amin!!

Ini adalah tiang atau ‘pillar’ kedua dalam perjuangan menjadi jutawan industri. Teruskan belajar dan bertindak pantas!

Doakan kami; “Amin!”

#HadiKamarudin #WebPantas

Dimentorkan oleh #DrAzizanOsman

Systemize dan Test 1 2 3!

Alhamdulillah!

Pagi ini pulun siapkan setting pada laman web personal ini; HadiKamarudin.com!

Yang sangat menarik ialah hantar post satu kali di website dan ianya automatik hantar ke semua saluran sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter!

Kelebihannya adalah:

  • Buat kerja sekali sahaja, namun hasilnya seperti kerja beberapa kali!
  • Pantas dan jimat masa!
  • Lebih pendedahan kepada pelawat-pelawat maya.
  • Website berfungsi sebagai pusat sehenti bagi semua info yang dikongsikan, mudahkan pemantauan, pengkategorian dan sebagainya!
  • Bolehlah saya fokus kepada kerja-kerja lain pula he..

Seterusnya ialah bagaimana menghantar post di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa pula ke ‘pusat sehenti’ ini! Nantikan perkongsian saya seterusnya! :)