MASA ADALAH MAKHLUK TUHAN

Masa adalah makhluk ciptaan Allah SWT :)

Namun saya sendiri selalu lupa hakikat ini..

Penghijrahan tahun ini berkait rapat dengan masa; saya mahu buat dan siapkan kerja lebih cepat, namun masih berkualiti, tapi bukan sempurna.

Mana ada sesuatu yang sempurna, selain Dia, kan? 😉

Contoh kerja:

+ 1 jam sahaja mengemas rumah dan tersusun semuanya.
+ Pulun siapkan kerja pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan, jika bersantai-santai memang tak siap!
+ Yakin solat pada awal waktu sewaktu berniaga tidak mengurangkan jualan pun, bahkan menambah jualan dan keberkatannya.

Perkara ketiga tu ramai gagal termasuk saya.. :(

Sesiapa ada tips bagaimana memudahkan urusan solat pada awal waktu sewaktu berniaga di booth, terutama ketika jaga booth secara solo?
Bolehlah kongsikan di sini!

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#FikirPagi
#IslamItuMudah
#TipsSolat
#Kipidap

BERSYUKUR DENGAR AZAN

Apabila azan kedengaran, teruslah tangguhkan kerja dan bersegera mencari peluang untuk solat berjemaah.

Apabila rasa nak dahulukan kerja, ingatkan diri yang Allah SWT yang Maha Memberi dan masa juga adalah salah satu makhluk ciptaanNya.

Yakinlah aku dan kita semua tidak rugi menunaikan solat terlebih dahulu. Malah dilipat gandakan rezeki dari jalan yang tidak disangka.

Peringatan buat diri sendiri.

#HadiKamarudin
#Peringatan

BERBAKTI KEPADA TANAH, BERBAKTI KEPADA JIRAN

“Alhamdulillah, pokok akak pun dah berbuah banyak. Bolehlah merasa berbuka puasa ni, “.

Beberapa puan jiran gembira dengan pokok mereka yang turut berbuah lebat, alhamdulillah! 😀

Saya ada mengimpikan (+ sedikit usaha melalui web) kejiranan yang saling membantu dan melengkapi satu sama lain dalam barangan mentah dapur terutama sayuran seperti cili, bendi, serai, kunyit dan bermacam lagi.

Semuanya dapat ditanam di tanah yang terhad, termasuklah di dalam pasu!

Yang paling penting; kita rajin menyiram setiap hari dan membajanya. Amalan saya sambil siram dalam aturan lawan arah jam sambil dalam hati atau berbisik selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. In shaa Allah akan subur, amin!

Memungut hasilnya nanti, dikongsikan sekali kepada jiran-jiran. Pokok beri ni, saya kongsikan sekali pokoknya, mudah sangat nak ditanam!

Jom berbakti kepada tanah, berbakti kepada jiran :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#BertaniBandar
#UrbanAgriculture
#GST

NABI SAW DAN PELAWAK

Hm terlihat pula saya “Bintang Mencari Bintang”, terus terlintas di fikiran; sekiranya Nabi Muhammad SAW masih ada, apakah perasaan baginda melihat umatnya mencari nafkah dengan kerjaya sebagai pelawak?

Gembira?
Sedih?
Marah?

hadikamarudin-TV3-bintangmencaribintang

Tetapkanlah jalan hidup kita mengikut jalan yang Nabi SAW kita suka!

#HadiKamarudin
#TambahNilai
#BintangMencariBintang
“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

KOMPLOT TAKWIM HIJRAH

Alhamdulillah! Komplot bersama Tuan Haji Zainal Rahman (Bekas Pengarah Akademik, Universiti Lim Kok Wing) dan Ustaz Haji Azmil Mustapha (Bekas Pelakon Popular, Filem ‘Ali Setan’), in shaa Allah kami akan usahakan bersama projek IT Islamik untuk kemudahan ummah dan mempromosi Islam yang sangat indah! 😉

Doakan komplot ini diberkatiNya, amin!

#HadiKamarudin
#TambahNilai
“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

hadikamarudin-komplot-bytecentrix-haji-zainal-rahman-ustaz-azmil-takwim-hijrah

DARI BMC KE ABS DAMANSARA IT PLT

Bismillah dan alhamdulillah!

Maha Suci dan Maha Mengetahui Allah SWT yang kabulkan doa saya; terlibat aktif bersama jemaah bisnes Ainon Business School (ABS)  😀

Asalnya berguru Business Model Canvas (BMC) kerana dah mula pening urus bisnes~

Kemudiannya Puan Guru @Norazlina Najmudin menawarkan peluang berkomplot dan bagi saya ianya ialah peluang belajar bisnes yang sangat bernilai tinggi! So dengan ‘bismillah’, saya sambar cepat-cepat! 😉

Doakan kejayaan kami dan kita semua!

#HadiKamarudin
#ABSDamansaraIT

HEBATNYA MEREKA! NAMUN ADA YANG LEBIH HEBAT!

Sekali terbaca, teringat terus kepada baginda Nabi Muhammad SAW, Saidatina Khadijah ra, juga para sahabat baginda:

Saidina Abu Bakar AsSiddiq ra

Saidina Umar Al-Khattab ra

Saidina Uthman Al-Affan ra

Abdul Rahman Al-Auf

dan ramai lagi yang hebat, kaya-raya di dunia. Juga ‘kaya-raya’ di akhirat kelak! Moga kita menjadi seperti mereka ini, amin!

Imej: http://goo.gl/DCYhdh

#HadiKamarudin
#TambahNilai

“Tuan mesti mulakan bisnes trading, kerana Nabi Muhammad SAW buat begitu,”

Alhamdulillah, kini saya juga melibatkan diri dalam perniagaan trading. Dikuatkan lagi dengan nasihat bonda bisnes saya Puan Ainon Mohd di Kongres ABS 2014 lalu

“Tuan mesti mulakan bisnes trading, kerana Nabi Muhammad SAW buat begitu,”

dan rezeki untuk berjemaah hasil pelawaan sahabat yang pakar dan arif tentang produk dan servis di Jepun :)

Mahu tahu lebih lanjut?

#HadiKamarudin
#JapanOri