KAYUH LAJU-LAJU!

Alhamdulillah!

Ini bukan kisah kayuh basikal, tapi ‘kayuhan’ halaman web anda 😉

Sudah ada solusi baru bagi mempercepatkan halaman web anda untuk dipaparkan di skrin mobile gadget!

Yang lagi thorbaeek; ianya sumber terbuka (open source)!

“Accelerated Mobile Pages Project ”
https://www.ampproject.org/

Ps – Sekarang sudah mula selesa kemaskini blog menggunakan smartphone sahaja 😉

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#TipsMobile

DARI 1 JAM, BIJAKKAN MENJADI 7 MINIT.

Yang paling jelas; masa dijimatkan!

Kerja mengurus status di media sosial biasanya mengambil masa yang lama.

Selain ketandusan idea, masalah lain ialah:
– Terlalu banyak media sosial yang perlu dikemaskini.
– Info di satu media berlainan dengan info di media yang lain; mesej tidak seragam.
– Password media sosial bersepah simpan sana-sini.
– Payah nak klik dan taip di smartphone, lagi-lagi sewaktu menunggu di lampu trafik! 😉
– Tidak sedar pun apa kepentingan media sosial lain, selain Facebook dan Instagram!

Solusinya ialah..

#HadiKamarudin
#TipsICT
#OnlineMarketing

STATUS ‘MOBILE FRIENDLY’ PADA HASIL CARIAN GOOGLE

image

Saya nampak dan saya terus tahu website berstatus ‘mobile-friendly’ ini lebih memudahkan saya, kerana:
– Mudah dibaca di gadget mudah alih seperti smart phone, tidak perlu zoom in, zoom out bagai.
– Dipaparkan lebih cepat kerana saiz file biasanya lebih kecil dan telah dioptimumkan.
– Jimatkan masa, jimatkan kuota mobile data!

Setujukah anda? :)

MAGIK RESET WEBSITE DAN KEMASKINI PELAYAR WEB

“Oh noooo!”

Tiba-tiba kerja pembangunan website ter’reset’ sendiri! Ianya kembali kepada default setting setelah beberapa kerja custom made dibuat!

“Adoyai~”

Ini berlaku kerana leka sangat dengan kerja pembangunan sehingga lupa untuk restart semula pelayar web seperti Google Chrome, setelah Chrome ini dikemaskini.

Oleh itu, pastikan sebarang perisian bukan sahaja pelayar web seperti Google Chrome, dimulakan semula sebelum menyambung kerja anda! Jika tidak, penat lelah anda nanti 😉

#HadiKamarudin
#TambahNilai
#WebPantas
#AppsPantas

KOMPLOT TAKWIM HIJRAH

Alhamdulillah! Komplot bersama Tuan Haji Zainal Rahman (Bekas Pengarah Akademik, Universiti Lim Kok Wing) dan Ustaz Haji Azmil Mustapha (Bekas Pelakon Popular, Filem ‘Ali Setan’), in shaa Allah kami akan usahakan bersama projek IT Islamik untuk kemudahan ummah dan mempromosi Islam yang sangat indah! 😉

Doakan komplot ini diberkatiNya, amin!

#HadiKamarudin
#TambahNilai
“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

hadikamarudin-komplot-bytecentrix-haji-zainal-rahman-ustaz-azmil-takwim-hijrah

PERKEMBANGAN E-COMMERCE DI MALAYSIA; POTENSI YANG DIJANGKAKAN ADALAH RM 5,000 JUTA (5 BILLION)!

  • Malaysia menjadi pasaran ke-2 selepas China untuk melancarkan Huawei vmall.my. Mereka melihat pertumbuhan e-dagang yang besar; tahun 2010: RM1.8 juta,  2013: RM5 juta (?).
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lelong.my berkata RM90 juta adalah jualan runcit atas talian (2014). Potensinya ialah RM5 billion.

hadikamarudin-webpantas-appspantas-malaysia-ecommerce-potential-lelongMy

Sudahkan perniagaan anda di’online’kan? Jika belum, bila lagi?

#HadiKamarudin
#WebPantas
#AppsPantas

Mesti Obses dan Tiada Jalan Keluar..

Tertarik saya dengan peraturan bisnes startup oleh Mark Cuban:

  1. Jangan memulakan sebuah syarikat kecuali ia satu obsesi dan sesuatu yang anda suka.

  2. Jika anda mempunyai strategi keluar, ia bukan obsesi.

Katanya lagi, 12 peraturan tersebut bukan hanya untuk mereka yang mengasaskan syarikat, tetapi juga bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut 😉
http://bit.ly/1p9VdYl

Kesimpulan saya; ByteCentrix.com mesti jadi syarikat yang gila-gila dalam website, apps dan augmented reality!

Selamatkan Laman Web Anda: Backup Adalah Sangat Penting!

Ini berkaitan dengan kerja teknikal pembangunan laman web, namun saya optimis yang backup juga dapat digunapakai dalam kehidupan harian kita :)

 

Sejak pulang dari program Intensif Jutawan Industri Dr Azizan Osman 2013 lalu, saya mengemaskini kaedah pantas untuk menyiapkan laman web sehinggalah ke saat ini!

Atas janji kepada Sifu DAO, saya memaksa diri menulis juga entri ini.. Walhal memang sedang berkobar-kobar cuba jaya pelbagai cara untuk pembangunan web, namun kerana telah bertangguh sekian lama dari hari pertama sesudah program tamat lagi.. akhirnya tertaip juga entri pertama ini! 😉

 

Backup laman web sangat penting!

 

Ini kerana kita tidak tahu apa bencana yang akan dihadapi oleh laman web kita pada masa hadapan, malah saya juga menganggap backup ini adalah aset intelektual.

Pelbagai kemungkinan buruk boleh terjadi seperti:

  • Laman web kita digodam dan rosak sama sekali!
  • Penambahbaikan laman web bertukar menjadi mimpi ngeri apabila fungsi-fungsi penting tidak stabi, konflik dan akhirnya web rosak!
  • Pembangun laman web atau penyedia perkhidmatan hosting misalnya, hilang bersama angin dan anda tidak dapat memindahkan laman web anda kepada pihak baru!

 

Sekian dahulu buat masa ini, saya sambung kerja saya!

– Terpaksa tanya Atuk Google apa terjemahan backup dalam bahasa Melayu, dia menjawab ‘sandaran’. Pelik pula rasanya, berbanding tulis bahasa Melayu penuh yang 100% tepat, saya percaya lebih utama ianya mudah difahami.