KAYUH LAJU-LAJU!

Alhamdulillah!

Ini bukan kisah kayuh basikal, tapi ‘kayuhan’ halaman web anda 😉

Sudah ada solusi baru bagi mempercepatkan halaman web anda untuk dipaparkan di skrin mobile gadget!

Yang lagi thorbaeek; ianya sumber terbuka (open source)!

“Accelerated Mobile Pages Project ”
https://www.ampproject.org/

Ps – Sekarang sudah mula selesa kemaskini blog menggunakan smartphone sahaja 😉

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#TipsMobile

BERJINAK-JINAK DENGAN GOOGLE GLASS!

Alhamdulillah!

Ini antara gadget yang saya idam-idamkan!
Namun bukan sekadar idaman untuk dipakai, tetapi menyediakan aplikasi yang sesuai dan membantu pengguna dalam memudahkan urusan mereka 😀

Kami telah pun mula membangunkan aplikasi augmented reality untuk digunakan bersama telefon pintar, dan kerjasama terbaru ini bagai ‘pucuk dicita, ulam mendatang’!
Membina aplikasi mobile yang mesra Google Glass 😉

hadikamarudin-google-glass

hadikamarudin-google-glass

hadikamarudin-google-glass

hadikamarudin-google-glass
Kami juga menyediakan aplikasi mobile untuk bisnes, in shaa Allah bakal memudahkan para usahawan kerana:

  • Sebagai medium komunikasi bisnes 2 hala antara bisnes dan pelanggan.
  • Supaya bisnes anda sentiasa ‘di poket’ pelanggan anda.
  • Menguasai skrin smart phone pelanggan anda :)
  • Aktifkan mobile app hanya dengan 1 klik:
  • Bagaimana anak-anak kecil mudah buat, lihatlah bagaimana mereka cekap klik ikon aplikasi permainan!
  • Juga mudah bagi individu ‘tidak mesra gadget / teknologi’, kerana mereka juga klik ikon untuk menghantar mesej 😉

Mahu tahu lanjut? Komen “Saya nak!”

#HadiKamarudin
#ABSDDigital  #ABSDamansara
#AugmentedRealityMalaysia
#AugmentedReality
#TambahNilai

ADAKAH FACEBOOK ADALAH MOBILE APPS KEGEMARAN ANDA?

Apabila anda boleh lihat adanya smart phone di mana-mana, sama jugalah maksudnya orang menggunakan mobile apps di mana-mana! 😉

+ Bilakah kali terakhir anda menggunakan mobile apps? Sebentar tadi kan?
+ Contoh mudah apakah mobile apps ialah Facebook; hanya klik sahaja ikon tanpa perlu buka web browser!
+ Adakah anda gembira sekiranya pelanggan cilik mahupun pelanggan veteran anda(apatah lagi pelanggan yang mesra gadget!) hanya perlu klik ikon untuk berhubung dengan anda? Tanpa perlu taip-taip? 😉

>> Kami kongsikan bagaimana anda boleh berbisnes apps, sila klik: http://bit.ly/ABSDDe1

#DigitalDropship
#ABSDDigital
#HadiKamarudin

hadikamarudin-mobile-apps-omp-2013-my-en_Page_16

Statistik oleh Google Malaysia

MAGIK RESET WEBSITE DAN KEMASKINI PELAYAR WEB

“Oh noooo!”

Tiba-tiba kerja pembangunan website ter’reset’ sendiri! Ianya kembali kepada default setting setelah beberapa kerja custom made dibuat!

“Adoyai~”

Ini berlaku kerana leka sangat dengan kerja pembangunan sehingga lupa untuk restart semula pelayar web seperti Google Chrome, setelah Chrome ini dikemaskini.

Oleh itu, pastikan sebarang perisian bukan sahaja pelayar web seperti Google Chrome, dimulakan semula sebelum menyambung kerja anda! Jika tidak, penat lelah anda nanti 😉

#HadiKamarudin
#TambahNilai
#WebPantas
#AppsPantas

KOMPLOT TAKWIM HIJRAH

Alhamdulillah! Komplot bersama Tuan Haji Zainal Rahman (Bekas Pengarah Akademik, Universiti Lim Kok Wing) dan Ustaz Haji Azmil Mustapha (Bekas Pelakon Popular, Filem ‘Ali Setan’), in shaa Allah kami akan usahakan bersama projek IT Islamik untuk kemudahan ummah dan mempromosi Islam yang sangat indah! 😉

Doakan komplot ini diberkatiNya, amin!

#HadiKamarudin
#TambahNilai
“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

hadikamarudin-komplot-bytecentrix-haji-zainal-rahman-ustaz-azmil-takwim-hijrah

PERKEMBANGAN E-COMMERCE DI MALAYSIA; POTENSI YANG DIJANGKAKAN ADALAH RM 5,000 JUTA (5 BILLION)!

  • Malaysia menjadi pasaran ke-2 selepas China untuk melancarkan Huawei vmall.my. Mereka melihat pertumbuhan e-dagang yang besar; tahun 2010: RM1.8 juta,  2013: RM5 juta (?).
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lelong.my berkata RM90 juta adalah jualan runcit atas talian (2014). Potensinya ialah RM5 billion.

hadikamarudin-webpantas-appspantas-malaysia-ecommerce-potential-lelongMy

Sudahkan perniagaan anda di’online’kan? Jika belum, bila lagi?

#HadiKamarudin
#WebPantas
#AppsPantas

Mesti Obses dan Tiada Jalan Keluar..

Tertarik saya dengan peraturan bisnes startup oleh Mark Cuban:

  1. Jangan memulakan sebuah syarikat kecuali ia satu obsesi dan sesuatu yang anda suka.

  2. Jika anda mempunyai strategi keluar, ia bukan obsesi.

Katanya lagi, 12 peraturan tersebut bukan hanya untuk mereka yang mengasaskan syarikat, tetapi juga bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut 😉
http://bit.ly/1p9VdYl

Kesimpulan saya; ByteCentrix.com mesti jadi syarikat yang gila-gila dalam website, apps dan augmented reality!

Henti Rokok: Kempen Sosial Pertama Kami Melalui Aplikasi Mobil Augmented Reality!

Sokongan dan motivasi daripada rakan-rakan serta ahli keluarga merupakan antara elemen terpenting dalam proses untuk seseorang berhenti merokok.

Statistik oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 10,000 kematian dicatatkan setiap setahun akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Bahkan pada tahun 2011 sahaja kira-kira 11,056 kematian direkodkan di hospital kerajaan ekoran daripada penyakit berkaitan tabiat buruk tersebut.

Angka tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahaya yang menunggu perokok dan pentingnya tabiat tersebut dihentikan. Ini bagi meningkatkan tahap kesihatan bukan saja bagi perokok terbabit bahkan insan tersayang serta orang ramai di sekeliling mereka.

Perokok yang sedang mempertimbangkan untuk berhenti merokok kini tidak perlu berasa ragu-ragu memandangkan kini rakyat Malaysia turut menyokong usaha mereka.

MUAT TURUN

Kempen Henti Rokok: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tambahnilai.campaign.hentirokok

PANDUAN PENGGUNAAN

Sila muat turun aplikasi ini dan ikuti langkah seterusnya di bawah:
1- Buka aplikasi “Henti Rokok”.
2- Scan kamera telefon anda ke kotak rokok yang mempunyai gambar penyakit daripada tabiat merokok ini.
3- Lihat sendiri dan tunjukkan kepada orang lain, mesej yang disampaikan di skrin telefon anda.
4- Kongsikan aplikasi “Henti Rokok” ini bersama ahli keluarga, sahabat dan orang kesayangan anda!

Teruskan usaha menyokong dan membantu mereka berhenti merokok! :)

Kempen Henti Rokok: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tambahnilai.campaign.hentirokok

Anda berminat dengan AR?

Melalui khidmat nasihat percuma, kami mampu bantu anda melalui teknologi AR!

Hubungi kami di:

Hadi Kamarudin
Pakar AR No. 1 Malaysia

#HadiKamarudin #TambahNilai
Dimentorkan oleh #DrAzizanOsman

“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”

Alhamdulillah, Augmented Reality Apps Kami Yang Pertama dan Sampel PERCUMA!

Ya, yang pertama untuk rasai sendiri pengalaman menggunakan teknologi augmented reality atau AR!

Alhamdulillah, tanggal 10 Muharram ini jadi titik tolak bagi kami untuk lebih fokus dan gila-gila dalam AR!

“Macam pakar AR no. 1 jer” 😉

Bukan “macam-macam” lagi tapi kami akan usahakannya menjadi realiti!

hadikamarudin-AR-bizcard

Buat makluman semua, kami telah mula ber’geli-geli’ dengan AR ini sejak tahun 2011. Ianya masih terlalu sukar dan kekurangan banyak sumber dari segi perisian, perkakasan, komuniti pembangun dan sebagainya.

Alhamdulillah, kami capai milestone penting hari ini! 😀

Kelebihan AR ini:

  • Serta merta menarik perhatian orang ramai untuk mendengar mesej anda.
  • Orang akan mengingati anda dan perniagaan anda lebih lama berbanding pesaing anda.
  • Penghantaran mesej lebih mudah dengan menambah nilai menggunakan imej, video, 3D dan lain-lain.
  • Imej pencetus boleh digunakan secara meluas dalam bahan-bahan pemasaran anda.
  • Menjimatkan kos dalam pengambilan jurujual untuk menerangkan produk atau perkhidmatan anda.

Jom, terus layari ke TambahNilai.com untuk dapatkan sampel PERCUMA anda! Klik sini: http://www.tambahnilai.com/v1/AR

#HadiKamarudin #TambahNilai

Dimentorkan oleh #DrAzizanOsman