TEMA HIJRAH TAHUN 1437 : “REPEATABLE AND SCALABLE”

Salam Jumaat yang pertama bagi tahun hijrah 1437 :)

Itulah tema peribadi tahun ini.
..

Mohon kemaafan kepada client sedia ada, sekarang sedang pulun selesaikan kerja yang sedia ada.

Saya sedang menukar ‘kapal’ 😉
Terumbang-ambing dilanda badai.. In shaa Allah sementara sahaja..

Oh ini mutiara kata daripada Tuan Sifu Shamshul Bahril, memang buka kepala otak ku ;D

#HadiKamarudin
#FikirPetang
#Fokus

KAYUH LAJU-LAJU!

Alhamdulillah!

Ini bukan kisah kayuh basikal, tapi ‘kayuhan’ halaman web anda 😉

Sudah ada solusi baru bagi mempercepatkan halaman web anda untuk dipaparkan di skrin mobile gadget!

Yang lagi thorbaeek; ianya sumber terbuka (open source)!

“Accelerated Mobile Pages Project ”
https://www.ampproject.org/

Ps – Sekarang sudah mula selesa kemaskini blog menggunakan smartphone sahaja 😉

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#TipsMobile

SABARKU DIUJI ATAU AMARAHKU DIUJI?

Salam Jumaat semua!

Mana-mana satu pun, perkara yang tidak seronok ialah perbualan dalam diri yang muncul ketika ujianNya ini. Kebiasaannya ianya:

– Negatif
– Tiada nilai syukur
– Tiada nilai redha
– Kadangkala agak kejam
– Ni JV antara nafsu dan syaitan

Perkara setakat ini paling baik yang berjaya diuruskan ialah TIDAK BERTINDAK mengikutnya.

Alhamdulillah, coretan ini juga merasionalkan rasa dan memendamkan amarah tu. Kita akan marah bertempat dan dengan hak, tapi kemudian-kemudian nantilah.. Biar sabar beribu kali sebelum marah satu kali.

Peace! 😀

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat

4.30 MALAYSIAN RINGGIT, ANDA MASIH BERSANTAI-SANTAI KAH?

Bagaimana kita boleh bersedia menghadapi kesan-kesan daripada nilai ringgit yang merosot teruk ini? Atau secara umumnya, ekonomi negara yang kejatuhan ini?
– Berniaga keperluan asas secara kecil-kecilan; seperti makanan?
– Tukar simpanan tunai kepada emas fizikal?
– Sambung belajar peringkat seterusnya secara sepenuh masa?

Apakah inisiatif anda? Kongsikan bersama saya :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#NajibRazak

INDAHNYA KEPERCAYAAN.. SALAM KEMERDEKAAN!

Alhamdulillah, moga kita semua dipermudahkanNya, amin!

Apabila tiada kepercayaan mendalam antara 2 pihak:

  • Muncullah sikap saling keluh komplen.
  • Sentiasa salah menyalahkan pihak lain.

Isu kepercayaan ini sentiasa muncul dalam kehidupan berkeluarga mahupun berniaga.

Namun apabila terbinanya kepercayaan mendalam ini, alangkah nikmatnya:

  • Fikir dan kata-kata walaupun teguran adalah sesuatu yang membina dan menghala ke arah tindakan penyelesaian.
  • Sentiasa sedar bahawa kedua-dua pihak ada niat, harapan atau wawasan yang sama dan tidak bermaksud melakukan kesilapan dengan sengaja.
  • Kedua-duanya juga sedar, setiap pihak saling memerlukan atas dasar memperhebat kekuatan dan menyelesai kelemahan.

Teringat pula kepada baginda Nabi Muhammad SAW, insan superb hebat lagi dipercayai!

Salam Kemerdekaan Malaysia!

#HadiKamarudin
#Partnership
#Keusahawanan
#KeluargaBahagia

NILAI BERKULI: 55

Dari hari pertama sudah dapat pelbagai nilai!

Antara yang santai tapi signifikan ialah bateri smartphone sangat jimat! ;P

Dari pagi 66%, ke ketika ini 55%!

Kerana tugasan hari ni tidak melibatkan online, hari ni offline sahaja:
+ Pembungkusan produk.
+ Melayan pelanggan yang datang ke kedai.
+ Belajar info tentang produk dan servis.

Ada banyak ruang penambahan baikan, in shaa Allah satu demi satu akan bersama-sama ditambah baik :)

Terus berusaha!

#HadiKamarudin
#Berkuli
#MobileAccessories

KELETIHAN..

Hari ni keletihan mental dan emosi menghadapi sifat amarah..

Semak kembali amalan wajib:
+ Berapa kali solat berjemaah 1 hari?
+ Ada menzalimi atau tidak tunaikan hak sesiapa atau makhluk Allah SWT yang lain?
+ Ada termakan terminum daripada sumber yang meragukan?

Esok yang lebih baik sentiasa ada, bersangka baiklah denganNya. Banyak syukur dan banyak redha.

BERUSAHALAH!!

#HadiKamarudin
#RefleksiDiri
#DosaPahala