MENEPATI DEMAND YANG MEMATUHI SYARAK

Vape.. Penyanyi wanita.. Fesyen Islamik yang ‘menggoda hati’..

Saya melihat trend lifestyle atau cara hidup yang semakin ‘mencabar’ pada akhir zaman ini, mencabar antara akal dan hukum syarak.

Dalam perniagaan pula, keadaan ini mewujudkan peluang perniagaan, peluang menjana pendapatan lagi-lagi status ekonomi yang semakin mendesak.

Pagi ini dikuliahkan tentang istidraj; nikmat yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.   Boleh tahu lanjut di sini.

Adakah perniagaan kita mendekatkan diri kita, keluarga kita kepada mentaati Allah SWT dan RasulNya?

+ Hak Tuhan ke atas diri kita; amalan fardu ditunaikan?
+ Hak ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, jiran tetangga kita ditunaikan?
+ Hak pimpinan kita yang lain ditunaikan?

Moga kita tidak muflis di timbangan amalan kita di akhirat kelak, amin!

Menuju untung di dunia, untung di akhirat.

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#DuniaAkhirat
#Vape
#FikirPagi

4.30 MALAYSIAN RINGGIT, ANDA MASIH BERSANTAI-SANTAI KAH?

Bagaimana kita boleh bersedia menghadapi kesan-kesan daripada nilai ringgit yang merosot teruk ini? Atau secara umumnya, ekonomi negara yang kejatuhan ini?
– Berniaga keperluan asas secara kecil-kecilan; seperti makanan?
– Tukar simpanan tunai kepada emas fizikal?
– Sambung belajar peringkat seterusnya secara sepenuh masa?

Apakah inisiatif anda? Kongsikan bersama saya :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#NajibRazak

BERBAKTI KEPADA TANAH, BERBAKTI KEPADA JIRAN

“Alhamdulillah, pokok akak pun dah berbuah banyak. Bolehlah merasa berbuka puasa ni, “.

Beberapa puan jiran gembira dengan pokok mereka yang turut berbuah lebat, alhamdulillah! 😀

Saya ada mengimpikan (+ sedikit usaha melalui web) kejiranan yang saling membantu dan melengkapi satu sama lain dalam barangan mentah dapur terutama sayuran seperti cili, bendi, serai, kunyit dan bermacam lagi.

Semuanya dapat ditanam di tanah yang terhad, termasuklah di dalam pasu!

Yang paling penting; kita rajin menyiram setiap hari dan membajanya. Amalan saya sambil siram dalam aturan lawan arah jam sambil dalam hati atau berbisik selawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. In shaa Allah akan subur, amin!

Memungut hasilnya nanti, dikongsikan sekali kepada jiran-jiran. Pokok beri ni, saya kongsikan sekali pokoknya, mudah sangat nak ditanam!

Jom berbakti kepada tanah, berbakti kepada jiran :)

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#BertaniBandar
#UrbanAgriculture
#GST

CABARAN GARDENIA!

Alkisahnya teringat roti di rumah telah habis, dan segera masuk simpang menuju ke kedai runcit SpeedMart99.

Namun sebelum memberhentikan kereta, teringat kedai buah milik Muslim berhadapan rumah juga menjualnya. Terus ke sana dan beli di sana.

Saya memikirkan keuntungan berganda-ganda bagi kedua belah pihak; produk + pahala! 😉

Hijrah minda!

#HadiKamarudin
#MuslimProduct
#FarduKifayah

NABI SAW DAN PELAWAK

Hm terlihat pula saya “Bintang Mencari Bintang”, terus terlintas di fikiran; sekiranya Nabi Muhammad SAW masih ada, apakah perasaan baginda melihat umatnya mencari nafkah dengan kerjaya sebagai pelawak?

Gembira?
Sedih?
Marah?

hadikamarudin-TV3-bintangmencaribintang

Tetapkanlah jalan hidup kita mengikut jalan yang Nabi SAW kita suka!

#HadiKamarudin
#TambahNilai
#BintangMencariBintang
“Jika tidak SEKARANG, bila lagi?”