MASA ADALAH MAKHLUK TUHAN

Masa adalah makhluk ciptaan Allah SWT :)

Namun saya sendiri selalu lupa hakikat ini..

Penghijrahan tahun ini berkait rapat dengan masa; saya mahu buat dan siapkan kerja lebih cepat, namun masih berkualiti, tapi bukan sempurna.

Mana ada sesuatu yang sempurna, selain Dia, kan? 😉

Contoh kerja:

+ 1 jam sahaja mengemas rumah dan tersusun semuanya.
+ Pulun siapkan kerja pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan, jika bersantai-santai memang tak siap!
+ Yakin solat pada awal waktu sewaktu berniaga tidak mengurangkan jualan pun, bahkan menambah jualan dan keberkatannya.

Perkara ketiga tu ramai gagal termasuk saya.. :(

Sesiapa ada tips bagaimana memudahkan urusan solat pada awal waktu sewaktu berniaga di booth, terutama ketika jaga booth secara solo?
Bolehlah kongsikan di sini!

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#SalamJumaat
#FikirPagi
#IslamItuMudah
#TipsSolat
#Kipidap

MENEPATI DEMAND YANG MEMATUHI SYARAK

Vape.. Penyanyi wanita.. Fesyen Islamik yang ‘menggoda hati’..

Saya melihat trend lifestyle atau cara hidup yang semakin ‘mencabar’ pada akhir zaman ini, mencabar antara akal dan hukum syarak.

Dalam perniagaan pula, keadaan ini mewujudkan peluang perniagaan, peluang menjana pendapatan lagi-lagi status ekonomi yang semakin mendesak.

Pagi ini dikuliahkan tentang istidraj; nikmat yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.   Boleh tahu lanjut di sini.

Adakah perniagaan kita mendekatkan diri kita, keluarga kita kepada mentaati Allah SWT dan RasulNya?

+ Hak Tuhan ke atas diri kita; amalan fardu ditunaikan?
+ Hak ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, jiran tetangga kita ditunaikan?
+ Hak pimpinan kita yang lain ditunaikan?

Moga kita tidak muflis di timbangan amalan kita di akhirat kelak, amin!

Menuju untung di dunia, untung di akhirat.

#HadiKamarudin
#Assalamualaikum
#DuniaAkhirat
#Vape
#FikirPagi

Ada Apa Dengan Seluar Jeans?

Oh aku jadi saksi, kisah terjadi selesai solat Zohor di masjid..

Seorang pemuda (pelajar universiti rasanya) berkemeja T berkolar dan berseluar jeans ditegur oleh seorang pakcik berumur mungkin lebih 60 tahun;

Pakcik: Nak tanya sikit, jika jumpa raja, berpakaian sebegini ke? (Sambil tunjuk kepada diri pemuda)

Pemuda: (Geleng sedikit, tapi senyap sahaja)

Pakcik: Eloknya berpakaian lebih baik, kurang pahala nanti. Pakai baju melayu ke.. Saya tengok ramai sekarang yang sebegini..

Pemuda: Baik pakcik (Sambil angguk, salam dan terus beredar..)

(Cerita diringkaskan kerana aku nak buat kerja lain ;P)

Ini kesimpulan aku hasil terkena batang hidung sendiri, kerana aku pun suka berpakaian begitu:

Pemuda

  • Bagus tidak melawan, terus dengar sahaja. Hormat orang lebih tua.
  • Mungkin dia berkejaran dan sudah cukup baik juga dia datang solat berjemaah.
  • Ini adalah teguran daripada Allah SWT, bermaksud Allah SWT sayang juga dia ni..amin!
  • Lepas ni kena sentiasa berpakaian hebat! Tidak perlu bertukar-tukar baju setiap kali nak solat. (Sediakan backup juga jika terkena kotoran yang membatalkan solat).
  • Sedia terima teguran dan ada minda yang positif  :)

Pakcik

  • Dah berpengalaman lama, mungkin lebih tahu mana yang lebih baik. Tidak boleh patah balik ke usia muda..
  • Mahu yang terbaik untuk anak-anak muda ini.
  • Berdakwah :)
  • Tegur direct dan jelas, namun mungkin kurang arif tentang keadaan anak-anak muda yang lebih penting diajak solat berjemaah berbanding teguran pakaian terbaik untuk solat.

Terima teguran sesiapa sahaja; budak kecil atau orang tua dengan minda terbuka. Apakah pengalaman anda? :)

#HadiKamarudin
#TambahNilai

Pisau Raya Korban dan Bisnes Anda!

Alhamdulillah, kembali ke meja kerja!

Beberapa hari ini kita meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta dan juga sanak-saudara.. Walaupun tidak seramai dan semeriah Raya Aidilfitri, namun syok juga! 😀

Semua aktiviti sembelihan lembu korban tahun ini berlangsung betul-betul di belakang rumah arwah moyangku. Alhamdulillah tahun ini berjaya bantu melapah kulit dua ekor lembu, ramai tenaga kerja pemuda kampung dan masing-masing bolehlah santai-santai bantu seorang sedikit 😉

Hadis Nabi SAW berkaitan sembelihan:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sentiasa ada sesuatu yang kita dapat pelajari melalui mata hati dan akal yang terbuka:

  1. Pisau yang betul-betul tajam mampu memudahkan banyak kerja sembelihan; cepat siap dan kurang tenaga.
    • Berbisnes: Peralatan yang betul dan digunakan pada masa yang betul, pasti memudahkan kerja bisnes. Menjimatkan kos dan meningkatkan profit!
  2. Apabila dibuat secara beramai-ramai, ianya jadi ringan malah kekal bersemangat!
    • Berbisnes: Berjemaah dalam berbisnes adalah intipati untuk kekal berkobar-kobar meningkatkan tahap bisnes kita, kerana kita akan teruja dengan pencapaian teman-teman bisnes dan pastinya kita juga dapat saling melengkapi keperluan kita dalam berbisnes.
  3. Pisau yang berlumuran darah dan lemak lembu mestilah dibersihkan segera dan diasah tajam semula sebelum disimpan.
    • Berbisnes: Peralatan berbisnes juga boleh ketinggalan dek masa lagi-lagi yang berkaitan ICT, bayangkan dahulunya kita ada berkotak-kotak kertas di stor. Sekarang semuanya dalam PC di pejabat, dan lebih terkini, semuanya dalam gadget mobile di poket!

Saya sendiri obses kepada mencuba perisian baru sejak kecil lagi, bermula dengan kelas komputer QBasic pada umur 5 tahun! Alhamdulillah, kini saya pakar dalam pembangunan website!

Anak-anak kecil zaman ini pula mula guna gadget mobile pada umur 2 tahun, cemburunya saya! ;P

#HadiKamarudin #WebPantas
Dimentorkan oleh #DrAzizanOsman

Sumber imej.

ps: Capaian internet yang perlahan di kampung, ada baiknya juga; merehatkan minda! Tumpukan perhatian kepada menolong masak ketupat, rendang, lodeh dan lauk-pauk Raya yang lain, serta bersembang panjang bersama saudara-mara :)

Happiness Is…

being woken up for fajr by your spouse

Now that’s a ‘cool’ way to wake up!

Narrated by Abu Hurayrah,
The Prophet (saws) said: ‘May Allah have mercy on a man who gets up at night and prays, and awakens his wife; if she refuses, he should sprinkle water on her face. May Allah have mercy on a woman who gets up at night and prays, and awakens her husband; if he refuses, she would sprinkle water on his face.’

(Sunan of Abu-Dawood Hadith 1303)

Warning, desi husbands may react differently than depicted, you are advised to use a water gun from a safe distance instead 😉

Sent in by Sr. Samiyya Jazakallah Khair

Resource: S. Tabassam Fan Page

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )

Bismillah dan alhamdulillah!

Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Solat pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah SWT.”

Hadis di atas menjelaskan keutamaan dalam berbuat kebaikan, yang mana berpandukannya juga saya berusaha amalkan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian :)

“Berjihad pada jalan Allah SWT” bermaksud sebarang usaha atau amalan yang dibuat dengan niat kepada Allah SWT. Bukanlah semata-mata jihad di peperangan senjata sahaja. Sebagai contoh, perkara-perkara berikut juga dikira berjihad sekiranya dikerjakan semata-mata kerana Allah SWT:

  • Belajar bagi seorang pelajar.
  • Berniaga bagi seorang peniaga.

Luas sungguh erti jihad pada jalan Allah SWT itu dan ianya adalah rahmatNya kepada kita semua. Sekarang tugas kita ialah kerjakan tanggungjawab kita masing-masing dengan niat demi Dia dan buatlah bersungguh-sungguh!

Wallahualam

– Terima kasih buat ibu bapaku, para guruku dan semua sahabat seperjuangan!